Thursday, November 27, 2008

Bersilatulrahim - Tea@Cornich - Yanbu Al Sinayiah.

Alhamdullilah, selawat dan salam keatas Nabi Muhammad SAW sekeluarga.

Dengan bantuan Allah SWT, suatu majlis silatulrahim - Tea@Cornich telah diadakan pada petang selepas asar dengan jayanya.

Pada mulanya hanya dua keluarga - Suhaimi dan saya, tetapi dengan iksannya Allah SWT, keluarga Zainul telah diundangkan untuk menyertai kami dan kemudian keluarga Sulaiman yg ada pada ketika itu turut bersama kami. Allahu Akbar......

Dengan bekalan makanan yg terhad dan ramainya keluarga, alhamdullilah semua yg hadir pada majlis itu dapat menjemahnya. Pada suatu ketika didalam perjalanan ke Cornich, Suhaimi agak bimbang akan makanan yg dibawa dan saya beritahu rakanku ini agar jangan khuatir akan pekara itu. Kerana saya yakin Allah akan pasti mencukupi makanan pada majlis ini dan sungguh benar tiada seorang pun kelaparan setelah ia berakhir. Makanan yg disajikan ialah teh, jemput-jemput udang, jagung rebus, bubur pulut hitam dan brownies.

Bagi kanak-kanak pula, mereka lah yg paling seronok dgn acara-acara yg adakan sepontan. Tranpoline, layang-layang dan berbasikal adalah permainan yg sempat dijalankan.

Tanpa disedari, azan mahgrib mula didengari dan bersiap pula untuk berkemas untuk pulang. Perasaan kesukyuran kehadarat Illahi dng rahmat-rahmatNya, dapat dirasai kerana semua yg hadir pasti merasa seronok akan majlis tersebut. Mudah-mudahan diberikan lagi akan nikmat-nikmat Illahi sehingga banyak majlis-majlis seperti ini dapat diadakan pada masa-masa akan datang sehingga silatulrahim diantara kami dapat dipertingkatkan. Amin

1 comment:

Amie said...

Waduh! sungguh jelas penceritaanmu, kiranya nggak ada yg ketinggalan ...