Monday, November 29, 2010

Buku - Langit ILAHI

Allah swt tidak lupakan hambaNya walaupun hamba itu seringkali alpa. Hamba itu mesti faham akan berharganya kehidupan ini!!! Tetapi ramai diantara hamba itu, banyak melakukan pembaziran. Benar apa yang telah difirmankan Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu didalam kerugian...." (Al- 'Asr: 1-2).

Sekarang ini, ramai pemikiran/kehidupan hamba itu bercelaru/tidak tenteram. Maka sebab itulah, hamba itu tidak dapat menikmati kebahagiaan yang sebenarnya. Untuk mendapatkannya, mari kita menjadi hambaNya yang sebenar!!! Golongan awal yang dididik oleh Rasulullah saw telah membuktikannya.

Thursday, July 2, 2009

Sepetang Bersama Jiran DiYanbu

Sebagaimana yg dirancang, majlis makan tengah hari(Pot Luck) bersama jiran diRadwah2,Yanbu berjalan dgn penuh kemesraan dan kali ini 5 keluarga turut serta. Keluarga itu adalah Suhaimi sebagai tuan rumah, Yusof, Zainul, Maydin dan kami.
Selain juadah-juadah yg sungguh enak yg disajikan, ada beberapa aturcara yg tak dirancang diadakan. Ia dimulakan dgn ucapan pemisahan oleh keluarga kami, yg akan pulang keSingapura setelah hampir 2 tahun berkampung diSaudi Arabia dan kemudian menjamu selera. Makanan seperti barbeku daging unta/kambing, udang masak cilli,ayam masak lemak,kuih muih dan buah-buahan.
Majlis diselitkan dgn tayangan filem "Jagan Tegur dan Mermaid- versi melayu". Diakhir majlis, saya pasti hubungan kejiran ini tidak akan berakhir walaupun kami tidak akan bertemu pada masa yg terdekat ini. Banyak saluran-saluran akan digunakan untuk meneruskan persaudaran ini.
Yang pasti musuh utama manusia - syaitan, telah dapat ditewaskan dgn adanya majlis seperti ini diadakan.

Friday, April 24, 2009

Fadilat bagi Hamba-Hamba Allah yg Bersolat Sepertiga Malam

SESEORANG dapat mendekatkan dirinya dengan Pencipta menerusi solat.
Antara solat sunat yang amat digalakkan ialah yang dilakukan pada sepertiga malam.
Dalam Surah Al-Israa ayat 79 ada ditegaskan yang maksudnya:
'Dan bangunlah sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah 'sembahyang tahajud' padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.'
Dalam ayat tadi Allah swt telah memerintahkan Nabi-Nya supaya melaksanakan solat malam atau qiamullail.
Namun, ramai antara kita yang memandang remeh akan perintah Allah ini.
Meskipun sifatnya ini khusus untuk Rasulullah saw, ia merupakan amalan sunat buat umatnya memandangkan kita dianjurkan mencontohi keperibadian Nabi.
Maksud qiamullail ialah mendirikan (qiam) malam (lail) atau cakap mudahnya 'menghidupkan malam dengan mendekatkan diri kepada Ilahi'. Ada juga beberapa solat malam seperti sunat istikharah, tahajud, taubat, tasbih dan sebagainya.
Selain melakukan solat sunat, kita digalakkan membaca Al-Quran, berdoa, berzikir, beristighfar memohon keampunan daripada Allah.
Ia juga merupakan malam bagi umat Islam merebut peluang memohon keampunan, muhasabah diri sambil mendekatkan diri kepada Allah.
Membaca Al-Quran adalah satu ibadah yang mempunyai ganjaran besar kerana setiap huruf yang dibaca akan digandakan 10 kebajikan.
Ini bertepatan dengan sabda Nabi yang bermaksud:
'Bacalah olehmu Al-Quran kerana pada hari akhirat ia akan memberikan syafaat kepada pengamalnya.' - (Hadis Riwayat Muslim)
Antara surah yang baik untuk dibaca ialah:
Surah Yasin: Ia bak jantung Al-Quran.
Surah Al-'Ala: Ia merupakan surah yang sangat digemari oleh Rasulullah saw.
Surah Al-Fatihah: Ia merupakan pokok atau ibu Al-Quran.
Surah Al-Kahfi: Ia tempat naungan pada hari akhirat.
Surah As-Sajadah: Ia sangat digemari Rasulullah saw.
Surah Al-Mulk: Ia merupakan surah yang memberi syafaat di akhirat nanti.
Surah An-Nas dan Al-Falaq: Ia surah yang memberi perlindungan pada hari akhirat kelak.
Ada beberapa ayat dalam Al-Quran mengesahkan betapa besar keutamaan solat malam itu.
Allah menjelaskan bahawa orangorang yang menjaga solat malam itulah sebenarnya yang berhak dan layak menerima kebaikan sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
'Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk bersembahyang) pada malam hari kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit, atau lebih daripada seperdua itu sedikit. Dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan.' (Surah Al-Muzzammil:1-4)
Sayidatinah Aisyah ra ada meriwayatkan yang maksudnya: 'Bahawa Rasulullah saw bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada baginda, mengapa Rasulullah lakukan itu semua, bukankah dosa tuan telah diampunkan oleh Allah sama ada yang terdahulu ataupun yang terkemudian? Baginda menjawab: 'Salahkah aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur?'.'
Ada banyak hadis yang menyentuh kelebihan ibadat qiamullail. Sahabat Jabir ra mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
'Pada malam hari ada satu saat (yang berkat) di mana jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah swt memohon keberkatan dunia atau akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya... Keadaan ini ada pada tiap-tiap malam.' - (HR Muslim)
Dalam sebuah hadis lain pula, Abdullah bin Salam berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud:
'Wahai manusia, hendaklah kamu banyak memberi salam, menjamu makan, bersembahyang pada waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera.' (HR At-Tirmizi)
Ibadat qiamullail boleh dikerjakan pada awal malam, pertengahan dan pada akhir malam selama ia dilakukan selepas solat isyak.
Rasulullah saw tidak mengerjakan ibadat qiamullail pada satu waktu tertentu. Malah baginda bersolat mengikut kesempatan dan keselesaan yang diperolehinya. Namun yang paling afdal ialah pada tengah malam iaitu sepertiga malam yang akhir.
Nabi saw bersabda yang bermaksud: 'Buatlah amalan-amalan itu sekadar kemampuanmu kerana Allah itu tidak jemu hingga kamu jemu.'
Amalan yang sedikit tetapi diamalkan dengan tekun lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi jarang dilakukan.
Persoalan tentang waktu solat malam dan bilangan rakaatnya terserahlah kepada individu menimbangkannya berdasarkan keikhlasan dan sikap 'ubudiah' kepada Allah swt.
Namun yang afdal ialah 11 atau 13 rakaat seperti kebiasaan yang diamalkan oleh Rasulullah saw iaitu campur sekali satu rakaat atau tiga rakaat witir di akhirnya.

Friday, March 27, 2009

Ya Allah, Jadikan Kesudahan Ini Mendapat KerehdoanMu.

Dari Abi Abdir Rahman Abdillah bin Mas’ud r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda –dialah yang benar lagi dibenarkan -; Sesungguhnya, tiap-tiap kalian dikumpulkan penciptaannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nuthfah (segumpal darah) , kemudian menjadi ‘alaqah selama itu juga, kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh padanya. Lalu diperintahkan untuk menuliskan empat perkara; rezekinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selainNya, ada seseorang di antara kalian mengerjakan amalan ahli syurga, sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah atasnya takdir Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka. Ada seseorang di antara kalian mengerjakan amalan ahli neraka, sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah ketentuan Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli syurga, diapun masuk ke dalam syurga.( HR al-Bukhari dan Muslim )HURAIANKalimat “dan beliaulah yang selalu benar dan yang dibenarkan” maksudnya adalah bahawa Rasulullah s.a.w. adalah orang yang selalu benar dan apa yang turun kepada beliau adalah benar-benar wahyu Allah. Sebahagian ulama berkata: “Maksud kalimat ‘sesungguhnya setiap orang di antara kamu dikumpulkan kejadiannya di dalam rahim ibunya” iaitu air mani yang memancar ke dalam rahim, lalu Allah pertemukan di dalam rahim tersebut selama masa empat puluh hari.”Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa dia mentafsirkan kalimat di atas dengan menyatakan: “Nuthfah yang dipancarkan ke dalam rahim bila Allah mengkehendaki untuk dijadikan seorang manusia, maka nuthfah tersebut mengalir pada seluruh pembuluh darah perempuan sampai kepada kuku dan rambut kepalanya, kemudian tinggal selama empat puluh hari, lalu berubah menjadi darah yang tinggal di dalam rahim. Itulah yang dimaksud dengan “Allah mengumpulkannya”. Setelah empat puluh hari, nuthfah kemudian menjadi ‘alaqah (segumpal drah).”Kalimat “kemudian diutus malaikat kepadanya” iaitu malaikat yang mengurus rahim.Kalimat “sesungguhnya ada seseorang di antara kamu melakukan amalan ahli syurga...” secara jelasnya menunjukkan bahawa orang tersebut melakukan amalan yang benar dan amal itu mendekatkan pelakunya ke syurga sehingga dia hampir dapat masuk ke syurga dengan jarak yang terlalu hampir iaitu kurang satu hasta. Malangnya dia terhalang untuk memasukinya kerana takdir yang telah ditetapkan bagi dirinya di akhir masa hayatnya dengan melakukan perbuatan ahli neraka. Dengan demikian, perhitungan semua amal baik itu tergantung pada apa yang telah dilakukannya. Akan tetapi, bila ternyata pada akhirnya tertutup dengan amal buruk, maka seperti yang dikatakan pada sebuah Hadis:“segala amal perbuatan itu perhitungannya tergantung pada amal terakhirnya.”Maksudnya, perkara seperti ini terbatas buat orang-orang tertentu dan keadaan tertentu sahaja.Adapun Hadis yang disebut Imam Muslim dalam Kitabul Iman dari Kitab Sahihnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:“Seseorang melakukan amalan ahli syurga dalam pandangan manusia, tetapi sebenarnya dia adalah ahli neraka,”Ini menunjukkan bahawa perbuatan yang dilakukannya itu pada dasarnya tidak benar. Dia melakukannya dengan riyak semata-mata untuk mendapat pujian atau terkenal. Hadis tersebut menunjukkan bahawa seseorang itu mesti memantau niatnya agar sentiasa ikhlas bukan zahir perbuatannya semata-mata untuk dinilai orang bahwa dia ikhlas.Kita perlu menanamkan dalam diri kita bahwa orang yang selamat dari riya’ adalah semata-mata kerana kurnia dan rahmat Allah.Kalimah “maka demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya ada seseorang di antara kamu melakukan amal ahli syurga... lalu dia melakukan amalan ahli neraka sehingga dia masuk ke dalamnya”, maksudnya bahawa hal seperti ini sangat jarang dan bukan merupakan hal yang umum. Perkara ini disebabkan kemurahan, keluasan, dan rahmat Allah kepada manusia sehingga yang lebih banyak terjadi adalah manusia sehingga yang lebih banyak terjadi adalah orang yang tidak baik berubah menjadi baik, tetapi sangat jarang orang yang baik berubah menjadi tidak baik. Segala puji dan kurniaan adalah milik Allah semata.Kalimat “rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku” adalah menunjukkan adanya kepastian takdir sebagaimana telah menjadi pendirian ahli sunnah bahawa segala kejadian berlangsung dengan ketetapan Allah dan takdir-Nya, dalam hal kebaikan atau keburukan, juga dalam hal yang bermanfaat atau berbahaya.Ini selari dengan firman Allah:“Dan Ddiatidak diminta bertanggungjawab atas segala tindakan-Nya tetapi mereka akan diminta tanggungjawab.” (Al Anbiya’ (21) ayat 23)