Thursday, September 25, 2008

Ramadan nak tinggalkan kita...

Sedih rasanya jika mengenang akan bulan Ramadan yg tinggal beberapa hari lagi. Tak tahu adakah mungkin diketemukannya pada tahun hadapan. Hanya sekadar berdoa akan rahmat Allah swt supaya diberi peluang untuk dapat bersamanya....

Berapa malam kebelakangan ini, semasa bersolat terawih dirumah, diilhamkan serta diingatkan agar tetap pada tali Allah walaupun diuji dgn ujianNya. Al-maklum, sekarang dirumah tanpa isteri yg tersayang, yg bertugas dirantuan, bersama dgn empat puteri-puteri tersayang.

Semenjak kepulangan tempoh hari, rasa seronok bersama-sama mereka ini dan terasa perhubungan ini bertambah erat dari hari kehari. Ya..lah, dulu semasa berkerja dulu sibuk sangat sehingga masa bersama dgn mereka amat terbatas. Nah... nikmat ini yg dikurniakan Illahi akan dijaga dgn erat-erat supaya ia akan menjadi suatu pengelaman yg indah didalam kehidupan ini. Berapa ramai anak-anak remaja sekarang yg boleh diam dekat rumah, lebih-lebih lagi dgn ayah mereka. Kalimah Syukur dan Alhamdulillah inilah, yg patut diucapkan kepada Tuhan Sekalian Alam.

No comments: