Sunday, January 4, 2009

Pesanan Saudaraku...

Tempoh hari, empat keluarga saudaraku tiba disini setelah selamat menunaikan ibadat haji. Mereka ini semua berasal dari Malaysia.

Seronok dapat berkenalan dgn mereka ini dan pada suatu ketika bersyukur kehadarat Illahi akan nikmat-nikmat ini. Nikmat berkawan ini jarang sekali kita mengsyukurinya dan lihat sahaja apa yg terjadi pada seseorang, kaum atau pun negara apabila nikmat berkawan tidak diberikan. Pemusuhan, pentengkaran, dendam-mendendam malahan bunuh-membunuh akan menimpa !!!

Nauzubillah.

Semasa mereka ini disini, sempat juga meminta mereka memberi nasihat-nasihat agama yg boleh kami amalkan dan mereka ini tak lokek akan ilmu yg mereka ada. Diantara pesanan mereka ialah tanggungjawab kita menjalankan perintah-perintah Allah dan berkeuntungan menjadi umat Nabi Muhammad saw.

Sebagaimana yg kita ketahui, para nabi dan rasul tugasnya ialah menyampaikan perintah-perintah Allah dan didalam tugas-tugas mulia ini ada diantara mereka ini dikeji, diusir, dilebal dgn bermacam-macam lebal dan tidak kurang pula dibunuh.

Setelah nabi -nabi dan rasul - rasul ini wafat, bermula dari Nabi Adam a s sehinggalah sampai kepada Nabi Muhammad saw, nabi yg terakhir, "kerja-kerja" ini, untuk menjalankan perintah-perintah Allah, tidak secara langsung telah berpindah kepada umat -umat Nabi Muhammad saw dan pasti kita umat Nabi Muhammad saw, bertuah mendapat "kerja-kerja" para nabi-nabi.

Marilah kita merebut peluang ini yg diberikan oleh Allah, agar perintah-perintahNya dapat dilaksnakan dgn jayanya. Amin.

No comments: