Sunday, October 5, 2008

Sambutan Eid 2008 - Bhg 2

Sambutan Eid 2008 kali ini akan dikenang sebagai Eid yg dipenuh dgn cabaran..... Al-maklum, dgn persiapannya dilakukan bersendirian dan baru faham macam mana ia perlu dirancang dgn berhati-hati. Banyak perkara yg perlu diberi perhatian sebagai contoh juadah yg perlu dimasak, kuih-muih, pakaian anak-anak yg hendak dibeli, dsb.

Eid 2008 kali ini disambut bersama-sama dgn peperiksaan akhir tahun bagi anak-anak yg bersekolah dan bayangkan ibubapa bergitu kelangkabut dibuatnya. Aktiviti ziarah perlu dihadkan agar anak-anak dapat cukup rehat, menela'a pelajaran-pelajaran dan merancang agar peperiksaan dapat dilaksana dgn sebaik mungkin. Hai ....kasian anak-anak!!!

Pagi tadi, sepatuhnya Eid disambut dgn ahli-ahli keluarga sebelah isteri tercinta dan ia selalunya akan berakhir pada lewat malam. Terpaksa juga hadir pada sebelah pagi dirumah Cik Sidek, sarapan, bertanya kahbar dan bermaaf-maafan sesama sendiri. Kemudian terpaksa minta diri agar dapat bersama anak-anak yg sedang membuat persiapan peperiksaan... Sambung nanti.. lah.

No comments: