Saturday, September 20, 2008

Pulang menemui anak-anak diS'pura


Persiapan untuk pulang menemui anak-anak ku yg tersayang di S'pura baru selesai.(Satu bag besar, air Zam dan dua plastik bag) Tidak lupa berbagai kuih-muih dibekalkan oleh isteri tersayang untuk kami menyambut lebaran yg akan menjelang tidak lama lagi.

Nampak-nampak tahun ini lebaran akan disambut sederhana sahaja menandangkan isteri tersayang dan dua kiddies akan berjauhan. Mereka tidak dapat pulang diS'pura atas sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan. Rasa sebak yg tak terhingga didalam hati, ialah ia adalah perpisahan -lebaran yg pertama dan mudah-mudahan perpisahan yg sementara ini akan memperkukuhkan lagi perhubungan kekeluargaan kami. Amin.

No comments: