Thursday, September 18, 2008

Niat ke Madinah

Tak tahu mengapa kepala ini sungguh berat, berdenyut-denyut dan hingga susah hendak fokus sesuatu. Badan pun juga terasa sejuk, macam hendak deman dan terus menalipon rakan seYanbu ku, Shah, untuk mengakhabarkan untuk membatalkan rancangan keMadinah.

Kemudian, niat keMadinah tidak berhenti disitu. Terus talipon Abang Naseer, niat nak ikut serta pula rombongan kesana dengan berkonvoi dan bersetuju untuk bergerak selepas zuhur. Jam menunjuk pukul 10 pagi dan bergegas siap diri untuk membuat persiapan.

Ada hampir dua jam lagi, ku lihat isteri tersayang sedang sibuk didapur mengadung tepung untuk buat dua jenis kuih dan saya pula kepasar raya Panda untuk membeli barang-barang bekalan yg hendak dibawa ke Madinah.

Semasa perjalanan kePanda, cuaca agak panas dan berkata didalam hati, "Boleh aku tahan dalam perjalanan ini?" Apabila menjejakkan kaki didalam rumah, terasa pening dikepala ini bertambah dan terus kebilik untuk meradakannya. Diam tak diam, hampir dua jam aku terlena.

Pening tadi hampir reda, niat hendak keMadinah tetap subur tapi badan dan perasaan ini yg tak tentu semenjak pagi tadi tak hilang-hilang. Talipon bimbit yg tadi senyap, tiba-tiba bedering dan apabila hendak menjawabnya, dimatikan. Sekeren menunjukkan Abang Sabri dan didalam masa itu, sudah berkata "Tungguhkan dulu perjalanan ini, hingga semuanya ok ok." Membalas taliponnya dan mengakhabarkan hasrat tadi.

Setelah hampir setengah jam didapur menolong isteri tersayang mengemas, terkubur sudah keinginan hendak keMadinah dan hanya tinggal niat saja.

No comments: