Saturday, September 13, 2008

Ummrah Ramadan 2008 - (Bhg. 1)

Alhamdullilah, pada tanggal 11 sept 2008, selepas solat subuh rombangan kami-Iskandar serta ibunya, Abang Naseer dan saya telah berlepas keMekkah untuk melakukan ibadat ummrah ramadan. Sebenarnya, rancangan ibadat ummrah ini telah dirancang/beritahu minggu lepas diMadinah oleh Iskandar, sewaktu saya menemaninya melakukan ziarah Rasulullah SAW.

Destinasi pertama biasalah ke Zuffa untuk bermiqat dan menjatukkan niat ummrah. Jam 7.30 pagi, kami selamat tiba dan bersua dgn satu lagi rombangan Abang Sabri, yang terdiri dari dua anaknya dan Abang Ayob. Selepas berihram dan solat sunatnya dan jatuh niat, kami pun beredah ke Mekkah.

Sambil berterbiyah didalam perjalanan, terbisik didalah hati ini bermohon agar Allah SWT membantu kami agar dapat melaksnakan ummrah ini dgn jayanya serta diterima sebagai satu amalan yg baik. Terasa juga diri ini yg serba kekurangan dari segi ilmu, amal ibadat dll, sudi juga dijemput oleh Allah -Maha Agung, Maha Pengasih dan Maha Segalanya, untuk berkunjung keBaitullah untuk melakukan ibadat ummrah ramadan. Syukur serta ucapan Alhamdullilah ygtak terhingga ingin saya tujukan kehadarat Illahi akan nikmat-nikmatNya.

Selepas hampir dua jam perjalanan, alhamdullilah, dua rombangan kami selamat tiba dimasjid Tanaeem atau masjid Aisah. Memandangkan waktu ramadan, pasti kawasan diMasjidil Haram akan dibanjiri oleh Tetamu Allah, kereta kami biarkan dimasjid Tanaeem dan kami meneruskan perjalanan kami keHaram dgn menaiki van. Biasalah musim ramadan, bayaran keHaram akan naik dari 2 riyal ke 5 riyal dan ada juga diantara mereka ini akan meminta lebih hinggakan 10/15 riyal. Pada musim ini dan Haji lah, mereka ini akan mengambil peluang menambahkan rezki untuk keluarga dan diri mereka.

Tepat jangkaan kami, Baitullah telah dibanjiri oleh Tetamu-Tetamu Allah dari seluruh pelusuk dunia dan terasa gembira yg tak terhingga kerana terpilih menjadi sebilangan mereka. Setelah meletakkan barang-barang yg dibawa dihotel, kami terus menuju keHaram untuk memulakan Tawaf dan Sai '. Perasaan letih didalam perjalanan telah bertukar menjadi suatu Tenaga, yg tak tahu mana datangnya, sewaktu melakukan dua ibadat ini.

Kalau dulu hanya melihat dikaca TV, Tetamu-Tetamu Allah melaksankan ibadat ummrah ramadan, kali ini diri ini yg menjadi sebahagian daripadanya. Perasaan, tak boleh khabarkan !!!
Mesti hadir sendiri !!! Hampir sejam dua ibadat ini - Tawaf dan Sai ' alhamdullilah terlaksana sudah dan tinggal bertahlul sahaja. Bayaran bertahlul pun naik berlipat ganda pada musim ini. Selesai sahaja bertahlul, beredar dari Haram kehotel untuk mandi dan rehat.

Pada waktu itulah, perasaan sakit kaki dan badan mula terasa.. Bersambung

No comments: